Rujuk laporan bantu siasatan – EMIR Research

Rujuk laporan bantu siasatan – EMIR Research

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agensi kerajaan boleh merujuk laporan penuh kajian yang dikeluarkan badan pemikir, EMIR Research bagi membantu siasatan mereka.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research, Datuk Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, ini kerana kajian yang dilaporkan itu sudah terperinci dan menga­n­dungi semua maklumat yang diperlukan.

“Dalam laporan itu menunjukkan bagaimana kajian itu dibuat, metodologi diguna pakai yang (memang) diguna seluruh dunia pun.

“Ketiganya, data-data diambil daripada sumber awam, Bank Dunia dan sebagainya, jadi kena baca laporan itu.

“(Cuma) itu adalah satu kajian, kalau mahu bersifat penyiasatan, (maka) itu di luar kebolehan EMIR Research,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau ditanya sama ada laporan negara me­ngalami kerugian RM4.5 trilion dalam tempoh 26 tahun akibat rasuah dan ketirisan dapat membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Ia susulan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan empat agensi kerajaan mengambil tindakan se­gera susulan laporan ber­kenaan.

Menurut Perdana Menteri, beliau sudah memberi arahan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Ne­geri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM), Jabatan Siasatan Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil apa sahaja langkah diperlukan.

Beliau berkata, arahan itu juga dibuat kerana beliau menyifatkan kerugian besar akibat rasuah dan ketirisan adalah disebabkan ada pihak tertentu yang terlibat namun tidak pernah berdepan sebarang tindakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN