PRN: Anak muda akan pulang mengundi

PRN: Anak muda akan pulang mengundi

MENJADI tanggungjawab warganegara yang layak mengundi memilih pemimpin dalam PRN akan datang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Anak muda di perantauan digesa pulang mengundi dalam pilihan raya negeri (PRN) bagi memenuhi tanggungjawab memilih pe­mimpin.

Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Siti Khadijah Norhisham, 24, berkata, dia berkemungkinan besar akan balik ke Kelantan untuk mengundi kali ini.

“Bagi saya PRN ini amat penting kerana ia bagi menentukan siapa sebenarnya yang layak memimpin dan merombak pimpinan yang tidak berkualiti.

“Ini memandangkan reali­ti­nya, kuasa demokrasi itu terletak di tangan rakyat serta nasib rakyat Kelantan sangat bergantung pada PRN yang bakal berlangsung tidak lama lagi itu.

Tambahnya, terlalu banyak masalah rakyat Kelantan yang masih tidak diselesaikan oleh pihak bertanggungjawab se­perti isu kualiti air, masalah gaji dan peluang pekerjaan.

“Pendek kata PRN ini sangat penting untuk rakyat Kelantan,” katanya.

Sementara itu, pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Nurul Najmin Abu Bakar, 23, berkata, dia akan pulang ke kampung untuk mengundi PRN kali ini, tetapi masih mengharapkan tarikh PRN di berikan oleh kerajaan.

“Kerajaan perlu memberi tarikh awal supaya mereka yang berada di perantauan dapat membuat persediaan seperti membeli tiket bas atau train untuk pulang.

“PRN itu penting untuk memilih pemimpin yang berkredibiliti dan sesuai demi memajukan negeri masing masing,” katanya.

Dalam pada itu, pekerja swasta, Siti Nazwa Abdul Rah­man, 24, berkata, penting untuk balik mengundi kerana ini masanya anak muda membantu memilih pemimpin yang sememangnya layak.

“Bagi yang berada di luar negeri kelahiran, PRN ini adalah peluang balik ke kampung dan dalam masa yang sama memilih pemimpin.

“Anak muda perlu bantu pentadbir negara dengan membuat pilihan yang bijak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN