Polis terus siasatan kes jumpa mayat wanita 

Polis terus siasat kes jumpa mayat wanita 

ZAIDY CHE HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung kes penemuan mayat wanita dalam longkang di belakang sebuah rumah di Taman Perpaduan, Bakar Arang di sini Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, berdasarkan laporan awal bedah siasat, punca kematian masih belum dapat dipastikan dan pihaknya masih menunggu laporan kimia dan patologi daripada Unit Forensik Petaling Jaya.

“Terdapat kesukaran kerana mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu telah membengkak dan membusuk ekoran sudah melebihi 24 jam meninggal dunia sebelum ditemukan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 6 Mei lalu, polis menerima laporan tentang penemuan mayat wanita dipercayai berusia lingkungan 30-an yang berbaju kelawar tanpa pakaian dalam daripada orang awam kira-kira pukul 5.47 petang.

Menurut Zaidy, pihaknya turut mendapati tiada kesan cedera seperti tikaman atau luka pada tubuh mangsa.

Katanya, siasatan juga diteruskan sama ada kemungkinan mangsa dirogol dan dibunuh di tempat lain sebelum dibuang di situ berdasarkan penemuan mayat yang ditutup dengan plastik dan atap zink ketika ditemukan.

“Identiti mangsa juga belum dapat dipastikan sepenuhnya dan sehingga kini pihak kita belum lagi menerima laporan kes kehilangan orang.

“Bagaimanapun kita masih meneruskan siasatan daripada pelbagai sudut termasuk merakam keterangan beberapa orang saksi di lokasi penemuan mayat itu,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya