Polis siasat dakwaan kanak-kanak 9 tahun didera ketika berada di bawah jagaan bapa - Utusan Malaysia

Polis siasat dakwaan kanak-kanak 9 tahun didera ketika berada di bawah jagaan bapa

tahanan
KESEMUA suspek yang bekerja sebagai penghantar makanan dan penghantar barang dipercayai cuba membawa masuk syabu seberat 20,386 gram dianggarkan bernilai RM672,838 dari Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Polis mengesahkan  menerima satu laporan polis mengenai seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dipercayai didera ketika berada di bawah penjagaan bapanya.

Laporan polis berkenaan dibuat oleh ibu mangsa, malam tadi di Pahang.

Utusan Malaysia difahamkan, siasatan berkenaan akan dibuka di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana telah melakukan penderaan.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Kata beliau, saksi-saksi termasuk ibu bapa kanak-kanak berkenaan berkemungkinan akan dipanggil untuk diambil keterangan.

“Apabila siasatan dijalankan pihak polis, sudah pasti akan ada saksi dipanggil,” katanya ringkas.

Terdahulu, tular dalam laman sosial memaparkan seorang kanak-kanak perempuan menangis ketika berpisah dengan ibunya dipercayai berlaku di Mahkamah Tinggi Kuantan, Pahang

Rakaman berdurasi 48 saat itu memaparkan kanak-kanak perempuan itu menangis memeluk ibunya kerana tidak mahu berpisah.

Utusan Malaysia difahamkan, kanak-kanak perempuan itu dipercayai tinggal bersama bapanya selepas berpisah dengan ibunya.

Video berkenaan turut mendapat perhatian beberapa individu termasuk penyanyi rap, Ariz Ramli atau Caprice yang memuat naik rakaman berkenaan di laman Instagram miliknya hari ini.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN