Pemergian Awang Askandar sukar dicari ganti-Ketua Pesuruhjaya

Pemergian Awang Askandar sukar dicari ganti-Ketua Pesuruhjaya APM

AMINURRAHIM Mohamed (kiri) melawat keluarga arwah Awang Askandar Ampuan Yaacub di Kampung Benoni, Papar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pemergian arwah Awang Askandar Ampuan Yaacub, 55, disifatkan sebagai kehilangan besar dan sukar dicari ganti dalam Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed berkata, arwah Askandar adalah seorang pegawai yang mempunyai kemahiran sangat tinggi dan menjadi aset kepada APM.

“Pemergiannya arwah ini satu kehilangan besar kepada APM. Arwah mempunyai kemahiran sangat tinggi dan dia sukar dicari ganti, dia memang aset APM.

“Ini adalah percubaan kali kedua mendaki puncak Gunung Everest. Semasa cubaan kali pertama, saya sendiri menasihatkan dia supaya menyemak semula sebab keperluan pertahanan awam bertugas ditempat ekstrem seperti itu tiada, ketika itulah.

“Namun, semasa percubaan kedua, kami telah dilibatkan dalam misi menyelamat mangsa gempa bumi di Turkiye yang mempunyai cuaca ekstrem. Jadi, melalui ekspedisi itu kita harapkan menjadi panduan kepada pasukan APM untuk bersedia dengan cuaca sejuk,” katanya semasa menyantuni keluarga arwah Awang Askandar di Kampung Benoni, Papar hari ini.

Aminurrahim berkata, beliau sebenarnya dalam siri lawatan kerja ke Sabah bagi meninjau kawasan banjir dan secara kebetulan menerima berita mengenai pemergiannya Pengarah APM Kedah, Awang Askandar yang berasal dari Sabah.

Maka, beliau berkunjung dan menyantuni keluarga mangsa yang berada di Kampung Benoni, Papar.

Menurut beliau, APM akan mengadakan istiadat pengebumian arwah namun, pada masa ini, pihaknya masih menunggu proses menurunkan pengurusan jenazah di Nepal selesai.

Katanya, difahamkan mayat Awang Askandar sedang dalam proses dibawa turun dari kem empat ke kem tiga di Gunung Everest. Tapi dimaklumkan cuaca tidak begitu baik maka, proses itu dihentikan.

Maka, ketika ini, Chef De Mission ME 2023, Tan Sri Dr. Salleh Mohd. Nor memberi komitmen yang sebaiknya untuk membantu membawa pulang jenazah ke tanah air.

Jelas beliau, memandangkan isteri arwah Awang Askandar adalah orang Sabah maka, jenazahnya akan dibawa dan dikebumikan di Sabah.

Di peringkat APM, pihaknya akan memberi bantuan kepada isteri dan anak-anak arwah Awang Askandar dengan mengambil kira tempoh perkhidmatannya dalam APM selama 15 tahun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya