OPR jadi Operasi Peras Rakyat? - Hassan - Utusan Malaysia

OPR jadi Operasi Peras Rakyat? – Hassan

HASSAN ABDUL KARIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli perlu memberi penjelasan tentang kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) menjadi 3.0 peratus bermula 3 Mei lalu.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, penjelasan itu penting kerana kerajaan perpaduan bakal berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri, tidak lama lagi.

Menurutnya, perkara itu juga dapat menjelaskan mengapa khabar angin peningkatan OPR itu dinafikan sebelum ini.

“Saya tidak mahu rakyat jelata di enam negeri di Semenanjung yang akan berdepan PRN menempelak kerajaan perpaduan dan kerajaan Madani dengan pertanyaan sinikal, iaitu adakah OPR ini singkatan bagi Operasi Peras Rakyat,” soalnya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Hassan yang bekas Pengerusi PKR Johor.berkata, Bank Negara (BNM) perlu bergerak seiring dengan kerajaan yang sedang berusaha membantu ekonomi rakyat dalam berdepan krisis kos sara hidup.

“Kita bersangka baik kepada Jawatankuasa Dasar Monetari (MPN) BNM yang membuat keputusan menaikkan kadar OPR itu. BNM mungkin melihat kepentingan ekonomi makro Malaysia bagi jangka panjang.

“Tetapi Bank Negara juga perlu seiring dengan pendirian kerajaan. Anwar selaku Menteri Kewangan tentu bersetuju bahawa golongan B40 dan M40 paling terkesan dengan kenaikan kadar OPR tersebut,” jelasnya.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dikritik rakyat selepas meluahkan kemarahan dengan laporan akhbar tempatan yang memetik penganalisis menjangkakan OPR akan naik dalam tempoh beberapa bulan.

Laporan itu antara lain melaporkan penganalisis menjangkakan BNM akan menaikkan OPR sebanyak 25 mata peratusan seawal Julai ini.

Fahmi menyifatkan laporan tersebut sebagai fitnah, namun apabila kadar OPR baharu diumumkan, beliau enggan menjawab apabila disoal berkaitan perkara itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya