Muhammad Jailani kunci mulut

Muhammad Jailani kunci mulut

MUHAMMAD JAILANI KHAMIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis yang dikaitkan dengan spekulasi bakal menyertai Pas mengambil sikap me­ngunci mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu.

Ketika dihubungi Utusan Malaysia, bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Wari­san dan Kebudayaan Melaka itu juga tidak menjawab ketika diajukan soalan sama ada sudah mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ataupun tidak.

Muhammad Jailani sebaliknya berkata, apa sahaja khabar angin atau dakwaan yang mengaitkan dirinya ketika ini tidak ubah seperti ‘hantu yang takutkan bayang-bayang sendiri’.

“Ini yang saya katakan pada mereka. Hantu hanya takut pada ba­yang-bayangnya sendiri,” katanya ringkas.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, Pas bakal mempunyai wakil tunggalnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dalam persida­ngan yang dijadualkan berlangsung Julai ini seandainya benar khabar angin yang mendakwa terdapat seorang ADUN Barisan Nasional (BN) akan menyertai parti itu.

Khabar angin itu dikuatkan lagi dengan kehadiran pemimpin berkenaan ke Rumah Terbuka Aidilfitri Perikatan Nasional (PN) Melaka yang berlangsung di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bemban, Jasin baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, beliau akan bertemu dengan ADUN berke­naan dalam masa terdekat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN