Minum lapan gelas air elak strok haba

Minum lapan gelas air elak strok haba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakar kesihatan menasihatkan orang ramai supaya minum lapan gelas air ko­song sehari bagi meningkatkan hidrasi dalam badan dan me­ngelakkan serangan strok haba.

Orang ramai turut dinasihatkan me­ngamalkan langkah kendiri se­perti berada dalam rumah, elak aktiviti luar, memakai baju cerah dan nipis serta memakai topi untuk mengelakkan pancaran cahaya secara terus.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr. Siti Aisah Mokhtar ber­kata, langkah-langkah ter­­sebut perlu diutamakan me­man­dangkan strok haba me­nye­rang apabila individu me­ngalami dehidrasi iaitu tidak mempunyai air yang cukup dalam badan.

“Saya mengesyorkan minum air lapan gelas air se­hari atau dua liter tanpa mengira haus atau tidak bagi mengelakkan terkena keletihan haba iaitu keadaan sebelum diserang strok haba.

“Ini terutama bagi kumpulan yang mudah terkena sera­ngan tersebut seperti kanak-kanak dan warga emas. Mereka perlu mengamalkan pe­ngambilan air seperti tersebut selain keluar memakai payung, topi dan sebagainya untuk me­lindung diri dari terkena cahaya matahari secara terus,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Malaysia diramal berdepan cuaca pa­nas dan kering dengan suhunya melebihi 40 darjah Celsius sehingga Jun ini yang turut meri­sikokan kebakaran hutan serta je­rebu merentas sempadan.

Dr. Siti Aisah berkata, langkah-langkah awal boleh diambil sekiranya seseorang itu sedang berhadapan keletihan haba.

“Apabila ter­jadi yang utama kita akan rasa dehidrasi, keluar peluh berlebihan, kulit menjadi merah dan panas, itu menandakan badan kita kekurangan air serta elektrolit.

Jika berhadapan de­ngan gejala sebegitu, cepat-cepat sejukkan badan, berteduh dan minum air.

“Jika tiada tindakan diambil daripada keletihan haba itulah yang akhirnya menyebabkan diserang strok haba,” katanya.

Tambahnya, ibu bapa perlu memahami langkah-langkah per­­­lu diambil dan gejala yang dihadapi oleh anak-anak mereka, memandangkan mereka tidak mampu menge­nal pasti keadaan keletihan haba. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×