KDN rangka jalan penyelesaian tangani isu keselamatan,

KDN rangka jalan penyelesaian tangani isu keselamatan, ketenteraman awam

SAIFUDDIN Nasution
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyediakan jalan penyelesaian dalam menangani isu keselamatan dan ketenteraman awam yang sudah sekian lama berlarutan. 

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini berikutan kementeriannya di bawah Kerajaan Perpaduan memberi perhatian serius dan komitmen penuh bagi mengatasi isu sebegitu. 

“Saya memandang tinggi keprihatinan dan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menyelesaikan hal-hal melibatkan keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta negara.

“Pagi tadi saya bersama-sama Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri,  Datuk Ruji Ubi memberikan taklimat kepada Perdana Menteri bagi hal melibatkan kesesakan tambak Johor, urusan keimigresenan, pengurusan pekerja asing, ancaman keselamatan sempadan serta beberapa perkara lagi terkait keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN