Jenayah siber di Johor meningkat tujuh kali ganda - Utusan Malaysia

Jenayah siber di Johor meningkat tujuh kali ganda

KAMARUL ZAMAN MAMAT memberi duit raya kepada kanak-kanak pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Ibu pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jenayah siber melibatkan wang hilang daripada akaun pemilik di negeri ini meningkat sebanyak tujuh kali ganda tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ketuanya, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pada tahun ini sebanyak 174 kes dilaporkan melibatkan kerugian RM4.5 juta berbanding hanya RM500,000 bagi 26 kes tahun lalu.

“Siasatan mendapati kejadian ini berlaku disebabkan dua faktor utama. Modus operandi pertama digunakan adalah mangsa menerima panggilan suspek yang mengaku sebagai pegawai kerajaan dan mendakwa mangsa terlibat dalam kegiatan jenayah dan akaun bank mangsa akan dibekukan. 

“Suspek kemudian menawarkan diri untuk membantu mangsa dan meminta maklumat perbankan seperti nombor akaun bank, termasuk ‘card verification code’ (CVC) atau ‘card verification value'(CVV), ‘username dan password’ serta nombor ‘one time password’ (OTP).

“Modus operandi kedua pula, mangsa tertarik mendapatkan perkhidmatan yang ditemukan dalam talian dan telah diarah untuk menekan pautan yang diberi bagi tujuan pendaftaran dan membuat pembayaran. 

“Kemudiannya, mangsa yang telah memasukkan butiran perbankan masing-masing melalui link tersebut tanpa sedar maklumat itu dihantar kepada pihak yang tidak sepatutnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Kamarul Zaman berkata, mangsa hanya menyedari berlaku pengurangan wang dalam akaun mereka selepas membuat semakan penyata akaun atau menerima notifikasi daripada pihak bank.

“Oleh itu, orang ramai digalakkan membuat pembayaran dalam talian menerusi laman web rasmi bank dan bukan menerusi pautan yang diberi menerusi sistem pesanan ringkas (SMS)  atau aplikasi.

“Polis juga menyarankan agar orang ramai memuat turun aplikasi disediakan bank dikenali sebagai ‘secure verification’ bagi meluluskan sesuatu transaksi perbankan dalam talian dengan cara lebih selamat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya