MADINAH: Mendapat peluang untuk menunaikan ibadah haji selepas bertahun-tahun menabung dan menunggu tentunya tidak akan dilepaskan begitu sahaja sehingga ada jemaah yang merahsiakan penyakit yang dihidapi kerana tidak sanggup terlepas peluang tersebut. Bagaimanapun, setibanya di Tanah Suci, ada jemaah yang menangis apabila diserang penyakit mereka itu dan meluahkan rasa kesal kepada petugas perubatan kerana menyembunyikan maklumat kesihatan mereka. Pakar Kecemasan Madinah, Dr. Nor A’isyah Adny Mohd. Adnan berkata, itu antara…