JaPen masuk sekolah beri penerangan berkait El-Nino

JaPen masuk sekolah beri penerangan berkait El-Nino

MUHD. Nor Aswadi Md. Nor (kiri) menyampaikan sijil kepada peserta yang hadir pada Program Demokrasi Kita@Kelab Malaysiaku Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Machang, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Kelantan sedia masuk ke seluruh sekolah di negeri ini bagi membantu Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) memberi penerangan berkait dengan fenomena El-Nino yang membawa kepada cuaca panas ‘melampau’.

Pengarahnya, Muhd. Nor Aswadi Md. Nor berkata, langkah itu bagi memberi penerangan dan menyebarkan maklumat berkait dengan perkara tersebut yang boleh membawa kepada serangan strok haba dan pelbagai komplikasi lain sekiranya langkah berjaga-jaga tidak diambil.

Menurutnya, JaPen ketika ini sedang meneliti kaedah terbaik yang boleh digunakan bagi memastikan pelajar dan murid sekolah mendapat maklumat tepat dan terkini berkait dengan bahang cuaca panas.

“Pada masa sama, JaPen turut menggunakan platform sosial seperti aplikasi WhatsApp yang turut melibatkan guru-guru di sekolah bagi memastikan maklumat sampai.

“Di samping itu kita menggalakan masyarakat untuk maklumat rasmi daripada sumber yang sahih memandangkan banyak berita tidak benar ditularkan oleh mereka tidak bertanggungjawab,” katanya kepada pemberita selepas pada Program Demokrasi Kita@Kelab Malaysiaku Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Machang hari ini. 

Muhd. Nor Aswadi memberitahu, pihaknya menggerakkan hebahan unit bergerak melalui ‘Info On Wheels’ (IOW) di seluruh negeri bagi menyebarkan maklumat tepat.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan satu kes kematian akibat strok haba di Kelantan membabitkan kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun.

Sementara itu, seorang lagi bayi perempuan berusia setahun tujuh bulan disahkan meninggal dunia akibat kelesuan haba yang juga berlaku di negeri ini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya