Isu telur omega, veterinar pantau ladang telur

Isu telur omega, veterinar pantau ladang telur

Jabatan Perkhidmatan Veterinar sentiasa memastikan pengeluaran telur ayam Omega mengikut piawaian yang ditetapkan. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) sentiasa menjalankan pemantauan di ladang-ladang ternakan ayam bagi memastikan pengeluaran telur mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Dalam kenyataan balas kepada Utusan Malaysia, DVS merujuk kepada laporan akhbar ini berjudul Telur biasa ditukar label omega bertarikh 15 Mei 2023.

DVS berkata, mana-mana telur yang diragui boleh dihantar ke makmal yang telah mendapat akreditasi ISO/IEC 17025 untuk menguji kandungan omega di dalam telur berkenaan.

“DVS dari semasa ke semasa menjalankan pemantauan di ladang-ladang ternakan ayam bagi memastikan pengeluaran telur adalah mengikut piawaian yang telah ditetapkan agar rakyat mendapat bekalan telur yang berkualiti dan selamat untuk dimakan.

“Selain itu, laporan atau a­duan kesangsian tentang ketulenan telur omega yang dibuat hendaklah turut disertakan dengan label telur serta maklumat ladang atau pengeluar telur yang terbabit bagi memudahkan tugas-tugas penyiasatan,” kata kenyataan tersebut.

DVS berkata, telur adalah sejenis makanan yang tertakluk kepada Akta Makanan 1983 (Akta 281) di bawah kawal selia Kementerian Kesihatan (KKM).

“Walau yang demikian, Jabatan ini akan bekerjasama dengan KKM untuk memastikan pengeluar mematuhi keperluan Akta Makanan yang berkaitan dengan telur omega,” kata kenyataan itu.

Sejak 4 Disember tahun lalu, akhbar ini konsisten melaporkan penipuan label telur premium memburukkan lagi krisis kekurangan bekalan sumber protein itu dalam negara.

Ini selepas sekurang-ku­rangnya dua sumber dalaman industri yang ditemui akhbar ini mendedahkan, sehingga kini tiada tindakan diambil mana-mana pihak bagi menangani komplot yang menipu pengguna.

Kata sumber, isu pelabelan telur itu sudah berlaku sejak puluhan tahun, apabila ada ladang telur, pemborong dan peruncit yang mendapati tiada pihak memantau label dan penggredan telur, maka mereka mula meletakkan label premium pada telur keluaran masing-masing malah sewenang-wenangnya meletakkan label premium serta kaya omega pada produk telurnya, sedangkan tiada langsung mana-mana agensi kerajaan yang mengesahkannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN