Ibu tunggal terima faedah penakat RM100,000 selepas 21 tahun

Ibu tunggal terima faedah penakat RM100,000 selepas 21 tahun suami meninggal

ZALIHA Yunus (dua, kanan) menerima cek faedah pencen penakat daripada Ahmad Nadzarudin Abdul Razak (dua, kiri) pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perkeso Peringkat Negeri Terengganu di Kuala Terengganu, semalam. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang ibu tunggal menerima faedah pencen penakat lebih RM100,000 daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) selepas arwah suaminya meninggal dunia kira-kira 21 tahun lalu.

Zaliha Yunus, 57, dari, Kampung Surau Haji Yaakub di sini, berkata, pada awalnya, arwah suami, Ali Embong, yang bekerja sebagai pembantu juruukur di sebuah syarikat swasta meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada Disember 2002.

Zaliha berkata, hasil semakan ketika itu mendapati majikan arwah suaminya tidak membuat caruman sejak 1997 walaupun arwah mendaftar di bawah Perkeso

“Saya membuat semakan itu sebaik arwah suami meninggal dunia bagi menyara kehidupan saya dan tiga anak yang sewaktu itu berumur tiga, tujuh dan 10 tahun.

“Saya ambil upah melipat baju di rumah jiran selain mengasuh bayi dengan pendapatan RM100 sebulan.

“Hanya Allah yang tahu sukarnya hidup kami empat beranak termasuk anak sulung saya yang bergelar orang kelainan upaya (OKU) namun telah pun meninggal dunia,” katanya.

Zaliha berkata demikian selepas menerima faedah RM106.732.79 dan Faedah Pengurusan Mayat RM1,500 pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Perkeso Peringkat Negeri di sini, semalam.

Pada majlis itu, Zaliha menerima cek faedah pencen penakat itu daripada Ahli Lembaga Pengarah Perkeso, Datuk Ahmad Nadzarudin Abdul Razak.

Menurut Zaliha, dia hanya menyedari arwah layak menerima wang faedah itu apabila anak saudaranya yang juga kakitangan Perkeso secara kebetulan membuat semakan semula status caruman arwah suami.

“Dia (anak saudara) terdetik untuk menyemak sebelum mendapati majikan arwah ada membuat caruman secara sekali gus pada 2017, tetapi saya tidak tahu berapa jumlah caruman tersebut.

“Saya menganggap ini rezeki yang ditinggalkan dan merancang untuk mengerjakan haji untuk diri sendiri dan arwah suami,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya