Faktor pembangunan sukan jejas prestasi Malaysia di Sukan SEA, bukan ketidakstabilan politik - Utusan Malaysia

Faktor pembangunan sukan jejas prestasi Malaysia di Sukan SEA, bukan ketidakstabilan politik

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kegagalan kontinjen negara di pentas Sukan SEA Kemboja bukan disebabkan ketidakstabilan politik negara tetapi disebabkan oleh faktor pembangunan sukan.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bahawa ketidakstabilan politik negara sejak lima tahun lalu menyaksikan perancangan dan persiapan atlet Sukan SEA Kemboja terjejas sebagai tidak tepat dan tidak mengetahui perkembangan sukan semasa.

“Individu yang terlibat dalam sukan sahaja tahu bahawa perkembangan sukan tidak ada kena-mengena dengan kestabilan politik. Ada banyak masalah lain mengapa prestasi atlet kita mungkin turun naik dalam sukan.

“Dalam situasi ini, janganlah membuat kenyataan yang menunjukkan beliau (Hannah) tidak memahami industri sukan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Jamuan Aidilfitri Keluarga Perikatan Nasional (PN) Indera Mahkota di sini semalam.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, masalah kemunduran berpunca daripada segi pembangunan dalam sukan itu sendiri dan Hannah perlu merujuk terlebih dahulu kepada mereka yang lebih berpengalaman sebelum membuat sebarang kenyataan berkaitan.

“Saya boleh bagi tahu mengapa prestasi bola keranjang Malaysia tidak begitu baik di Sukan SEA baru-baru ini yang mana tidak ada kena mengena dengan politik. Kelemahan utama pasukan bola keranjang Malaysia ialah kerana kita tak ada pemain tengah yang tinggi.

“Sebelum ini pasukan wanita Malaysia menang 11 pingat emas sebab pemain tengah kita boleh lawan semua pemain tengah dari ASEAN. Tapi bila dia (negara lain) bawa pemain dari Amerika Syarikat (AS)… pengsanlah kita” katanya yang juga berpengalaman sebagai pengasas Liga Bola Keranjang Wanita Malaysia.

Terdahulu, Jumaat lalu, Hannah dalam kenyataan mengakui ketidakstabilan politik negara sejak lima tahun kebelakangan ini antara kesan kegagalan kontinjen negara di pentas Sukan SEA Kemboja 2023.

Susulan itu, Menteri Belia dan Sukan terbabit menyatakan, disebabkan perkara tersebut perancangan atau peruntukan yang disediakan sering terjejas.

Jelas Hannah, antara sektor yang terkesan memandangkan apa yang dirancang termasuk program pembangunan dan strategi dalam sukan tidak dapat dilaksanakan secara berkesan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya