Empat PATI India ditahan cuba masuk Malaysia

Empat PATI India ditahan cuba masuk Malaysia

EMPAT PATI warganegara India yang ditahan ATM semasa melakukan penugasan di sempadan Malaysia-Thailand di Tanah Merah, Kelantan semalam.-UTUSAN/IHSAN ATM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menahan empat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga India yang cuba memasuki negara ini secara tidak sah di sempadan Malaysia-Thailand di sini semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kesemua PATI itu ditahan semasa anggotanya melakukan rondaan rutin di Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd).

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kesemua PATI warganegara India tidak mempunyai dokumen perjalanan sah untuk masuk ke negara ini.

“Kesemua individu yang ditahan itu terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia 25 hingga 39 tahun.

“Kesemua PATI itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambah kenyataan itu, PATI ini dipercaya masuk secara haram ke negara ini dengan menyeberangi Sungai Golok di sempadan Malaysia-Thailand.

Katanya, pasukan operasi akan terus mempertingkatkan rondaan dan kawalan di sempadan bagi mengekang jenayah rentas sempadan khususnya melibatkan PATI.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya