Data, hasil siasatan HSK diceroboh diserah kepada kerajaan Johor - Utusan Malaysia

Data, hasil siasatan HSK diceroboh diserah kepada kerajaan Johor

K. RAVEN KUMAR (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara Salim Aman (kiri) dan Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Prof. Dr. Shamsul Sahibuddin pada Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Panti, Kota Tinggi di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jabatan Perhutanan negeri ini telah melengkap dan menyerahkan data serta maklumat berkaitan pencerobohan 10 kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) di kepada nerajaan negeri untuk tindakan lanjut.

Pengarahnya, Datuk Salim Aman berkata, siasatan dibuat melibatkan aktiviti penerokaan yang dilakukan oleh Orang Asli di luar kawasan rizab mereka yang dipercayai melibatkan pihak tidak bertanggungjawab dan antara HSK yang paling terjejas ialah di sekitar Bekok, Segamat.

“Dari segi pencerobohan itu, memang kita ada terutama sekali oleh Orang Asli. Sebelum ini,  Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pernah bertitah supaya kerajaan negeri mengambil tindakan sewajarnya.

“Kita telah menjalankan siasatan serta melengkapkan laporan dan data itu telah dikemas kini dan diserahkan kepada kerajaan negeri untuk mendapatkan hala tuju tindakan yang sepatutnya,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Seminar Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan Simpan Panti Kota Tinggi, di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri, K. Raven Kumar yang mewakili Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Pada 16 Mac lalu, dalam titah perasmian persidangan Dewan Undangan Negeri Johor, Sultan Ibrahim menggesa kerajaan negeri supaya meletakkan kawasan penempatan dan tanah rizab Orang Asli di bawah ‘Sultanate Land’ supaya tidak ada pihak yang boleh berbuat sesuka hati.

HSK hanyalah kawasan rayau bagi Orang Asli mencari hasil serta memburu untuk kegunaan sendiri dan tidak boleh diterokai bagi tujuan komersial.

Mengulas lanjut, Salim berkata, selepas isu itu dizahirkan Sultan Johor, tiada lagi kawasan hutan yang diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Pihaknya kini dalam proses memperluaskan kawasan HSK di negeri ini yang kini dianggarkan sebanyak 23 peratus daripada keluasan negeri Johor yang berstatus hutan.

“Insya-Allah kita akan tambah lagi keluasan kawasan hutan ini, kita telah mengenal pasti beberapa kawasan khususnya di bawah kawasan Central Forest Spine. Kita kini dalam proses kerjasama dengan Pejabat Tanah Daerah dan Pejabat Tanah dan Galian negeri untuk mewartakannya sebagai HSK,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya