Puncak Everest impian utama setiap pendaki tegar -Murshid

Daki Everest bukan sengaja tempah maut -Murshid

MURSHID (tengah) bersama ahli Kelab Eksplorasi Altitude Malaysia memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Awang Askandar Ampuan Yaacub.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: “Kami naik gunung (Everest) bukan sebab sengaja menempah maut, sebaliknya ingin mencari kepuasan diri,” kata Timbalan Presiden Kelab Eksplorasi Altitude Malaysia, Murshid Maktar, 36.

Murshid berkata, dalam Islam menetapkan hukum mendaki gunung adalah harus, malah, ia sudah dijelaskan oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al Bakri.

Beliau berkata, aktiviti mendaki gunung sebenarnya membolehkan pendaki meneroka keindahan ciptaan Allah SWT yang mana orang lain sukar untuk mendapat peluang itu.

“Malah, kita boleh berkongsi perkara itu kepada orang lain dan mereka juga boleh merasai sendiri betapa indahnya ciptaan dan kebesaran Allah S.W.T.

“Kiasannya sama, kita sudah tahu bahawa merokok itu bahaya tetapi kita tetap juga hisap rokok sebab ia sedap.

“Pendek kata, ajal ada di mana-mana, kalau kita tunggang motosikal elok pun jika sudah ajal tiba-tiba orang lain langgar kita,” katanya.

Murshid ditemui pada majlis menyambut ketibaan jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Allahyarham Awang Askandar Ampuan Yaacub, di Kompleks Kargo, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi ini.

Sebelum ini, segelintir masyarakat mempersoalkan misi ME2023 yang disifatkan sengaja menempah maut susulan insiden menimpa Awang Askandar dan Muhammad Hawari Hashim yang kini masih hilang sejak Sabtu lalu.

Pada masa sama, Murshid yang juga merupakan Ketua Misi Keluarga Malaysia Everest 2022 berkata, sudah menjadi impian bagi setiap pendaki tegar untuk menakluk puncak Everest.

“Jika ditanya pada mana-mana pendaki, kemuncak impian mereka dalam pendakian adalah menakluk puncak Everest dan bukanya ingin mencari nama serta populariti,” katanya.

Mengulas insiden menimpa Allahyarham Awang Askandar, Musrhid berkata, arwah mungkin meninggal dunia disebabkan simptom akut ketinggian gunung (AMS).

“Dia (arwah) meninggal dunia bukan sebab terjatuh, sebaliknya mengalami keletihan melampau di mana tahap oksigen kurang dalam badan.

“Itu (AMS) perkara biasa berlaku kepada pendaki khususnya yang mendaki gunung salji. Data juga mendedahkan kira-kira 70 peratus kematian pendaki Everest disebabkan AMS.

“Dia (arwah) bukan tidak ‘fit’ (kuat dan berstamina tinggi), tapi kadang-kadang kita perlu bersedia bahawa belum tentu kita boleh pulang dengan selamat,” katanya.

Katanya, beliau mengenali arwah Awang Askandar sejak 2021 malah, pernah bersama-sama dalam misi menawan Everest menerusi Misi Keluarga Malaysia Everest 2022. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya