Budak meninggal dunia bukan kerana strok haba - JKNJ - Utusan Malaysia

Budak meninggal dunia bukan kerana strok haba – JKNJ

Airiel Syahren Syahrol,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Kes kematian kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di daerah ini tiada kaitan dengan strok haba.

Pengarah Kesihatan negeri,  Dr. Mohtar Pungut@Ahmad berkata, kanak-kanak tersebut telah dimasukkan ke wad kerana sawan selepas mengalami demam panas sehari sebelumnya dan mempunyai gejala batuk selama tiga hari.

“Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) ingin merujuk laporan media pada 2 Mei 2023 berkenaan kes kematian seorang kanak-kanak berumur 12 tahun yang disyaki disebabkan strok haba di daerah Kluang.

“Terlebih dahulu pihak JKNJ ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

“Adalah dimaklumkan siasatan yang telah dijalankan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang mendapati bahawa kematian telah disahkan sebagai ‘Septic Shock secondary to Meningoencephalitis’, dan tiada kaitan dengan strok haba seperti dilaporkan dalam media,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Justeru, JKNJ memohon kerjasama semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang ramai. 

Terdahulu, media melaporkan ayah seorang kanak-kanak lelaki, Syahrol Azmi Mohd. Hekak, 42,  mendakwa, anak keduanya, Airiel Syahren Syahrol, 12, disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’ di (HEBHK) kira-kira pukul 7 pagi semalam, disyaki ada kaitan dengan strok haba.

Anak kedua daripada empat beradik itu mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau kira-kira pukul 10 malam kelmarin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya