Bicara saman ibu model Belanda Okt. 2024

Bicara saman ibu model Belanda Okt. 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kes saman yang difailkan ibu model Belanda, mendiang Ivana Esther Robert Smit yang ditemukan maut selepas terjatuh dari kondominium, lima tahun lalu terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kerajaan Malaysia akan mula dibicarakan Oktober 2024.

Peguam, Datuk Sankara Nair yang mewakili Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen, 59, memaklumkan, tarikh perbicaraan ditetapkan Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain di Mahkamah Ting­gi, semalam.

“Mahkamah mene­tapkan 14 hingga 16, 21 hingga 23 serta 28 hingga 30 Oktober 2024. Selain itu, mahkamah turut menetapkan 4 hingga 6, 11 hingga 13, dan 18 hingga 20 November 2024 untuk perbicaraan,” katanya ketika dihubungi.

Christina memfailkan saman pada 2020 dengan menamakan Ketua Polis Negara, pegawai penyia­sat, Asisten Superintenden, Faizal Abdullah, Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga keempat.

Anak wanita itu, Ivana Smit ditemukan mati 7 Disember 2018 dalam keadaan bogel di balkoni sebuah unit kediaman di tingkat enam kondomini­um di Persiaran Capsquare di sini, selepas terjatuh dari tingkat 20.

Pada 21 April 2021, Mahkamah Tinggi di sini membatalkan saman Christina atas alasan pernyataan tuntutan wanita terbabit tidak mematuhi Perintah 18, Peraturan 7 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012.

Pada 7 Februari 20­22 Mahkamah Ra­yuan mem­benarkan ra­yuan Christina dan mse­merintahkan saman itu dikembalikan ke Mah­kamah Tinggi agar meritnya didengar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN