Bekas komando dipenjara empat tahun kerana perdaya dua

Bekas komando dipenjara empat tahun kerana perdaya dua mangsa 

TERTUDUH (tengah) dibawa polis keluar dari Mahkamah Pasir Mas selepas mengaku bersalah menyebabkan dua mangsa kerugian RM 17,500 dalam dua kes penipuan di awal tahun ini-UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang bekas komando dihukum penjara selama empat tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki dan wanita sehingga menyebabkan kedua-dua mangsa mengalami kerugian berjumlah RM17,500.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada 23 Januari dan 6 Februari lalu di dua lokasi berasingan pada tahun ini. 

Majistret Rais Imran Hamid bagaimanapun menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Rosdi Ibrahim, 59, yang mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan terbabit.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa dengan niat curang menipu dengan memperdaya mangsa untuk mempercayai tertuduh akan membekalkan stok rokok dan tertuduh dengan curangnya mendorong mangsa menyerahkan wang tunai sebanyak RM5,500 pada 23 Januari di Kedai Roti Canai Berdepan Stesen Kereta Api Bandar Pasir Mas. 

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh pada 6 Februari lalu, di Lot Kedai Pasar Tasek Raja Pasir Mas dengan niat curang menipu mangsa berusia 53 tahun yang mendorong mangsa menyerahkan wang tunai sebanyak RM12,000 kepadanya. 

Bagi kedua-dua pertuduhan, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun, boleh dikenakan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Ahmad Syafiq Aizat Nazri manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Rifzan Rosli.

Terdahulu, Rifzan Rosli mewakili anak guamnya, merayu supaya hukuman minimum diberikan kerana tertuduh kini hanya bekerja sebagai pemotong rumput dan perlu menanggung isteri serta sembilan anak.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bagi pertuduhan pertama dan hukuman penjara setahun bagi tuduhan kedua yang berkuat kuasa selepas selesai hukuman pertama.

Pengecualian hukuman sebat dibuat mengikut Seksyen 289 (c) Kanun Prosedur Jenayah atas faktor usia tertuduh.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.