Al-Quran penawar jiwa tapi rakyat pilih Coldplay - Nik Abduh - Utusan Malaysia

Al-Quran penawar jiwa tapi rakyat pilih Coldplay – Nik Abduh

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz hairan dengan sikap masyarakat yang mahu ketenangan jiwa daripada penganjuran konsert seperti Coldplay dan Blankpink.

Menurut bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu, Allah telah menurunkan dan menghadiahkan kalam suci al-Quran sebagai penawar serta hiburan kehidupan manusia.

Beliau kemudian menyifatkan gelagat yang menginginkan konsert sebagai cara keterangan jiwa sebagai seorang manusia bertubuh dewasa tetapi akalnya pula kanak-kanak.

“Si bapa membelanjakan ratusan, bahkan ribuan ringgit membeli ubat untuk anaknya yang sakit. Si anak enggan dan merengek mahukan gula-gula. 

“Begitulah sebahagian manusia. Allah turunkan dan hadiahkan al-Quran, kalamnya sebagai penawar dan hiburan kehidupan. Mereka pula terus merengek mahukan ketenangan jiwa daripada Coldplay dan Blackpink. Tubuhnya dewasa. Akalnya kanak-kanak,” kata Nik Mohamad Abduh menerusi satu hantaran Facebook hari ini.

REAKSI

Penganjuran Coldplay di Stadium Bukit Jalil pada November ini menimbulkan pelbagai reaksi termasuk pemimpin Pas yang membantah kehadiran persembahan hiburan kumpulan itu.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nasrudin Hassan menggesa supaya kerajaan membatalkan konsert kumpulan rock British Coldplay kerana mendakwa bahawa kehadiran kumpulan ini ke Malaysia seolah-olah kerajaan menggalakkan budaya menyeleweng dan hedonisme.

Nasrudin turut melampirkan gambar vokalis Coldplay, Chris Martin, sedang mengangkat bendera lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) pada konsert di London terdahulu.

Bagaimanapun, tiket konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour yang menjadi rebutan ribuan rakyat Malaysia habis dijual pada minggu lalu, sehari selepas jualan dibuka.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya