PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan perlu memberi kuasa autonomi kepada pentadbir sekolah untuk melaksanakan aktiviti di luar bilik darjah mengikut keadaan dan perkembangan cuaca semasa. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres), Jasni Md. Kechik berkata, ini akan membolehkan pihak sekolah menentukan sendiri mengikut keadaan cuaca di kawasan masing-masing. “Bagaimanapun, pihak pentadbir sekolah perlu sentiasa peka dengan arahan semasa Kementerian Pendidikan,” katanya ketika dihubungi, semalam.…

 
								 
											









