249 syarikat manfaat insentif galakan cukai pengeluaran bahan makanan

249 syarikat manfaat insentif galakan cukai pengeluaran bahan makanan

CHAN Foong Hin (tengah) bergambar bersama para peserta selepas Seminar Pelaburan Subsektor Tanaman Agromakanan Malaysia di Putrajaya. - UTUSAN/ FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan meluluskan insentif galakan cukai bagi projek pengeluaran bahan makanan kepada 249 syarikat bagi tempoh 2001 hingga April lalu membabitkan nilai pelaburan lebih RM2.2 bilion.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, menerusi inisiatif itu, syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan projek baharu pengeluaran bahan makanan diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan dibuat bagi maksimum tiga tahun taksiran.

Beliau berkata, syarikat yang menjalankan projek pengeluaran bahan makanan pula diberi pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun selama 10 tahun bagi projek baharu dan lima tahun bagi projek pembesaran syarikat sedia ada,” katanya pada Majlis Perasmian Seminar Pelaburan Subsektor Tanaman Agromakanan Malaysia di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.

Mohamad berkata, semasa perbentangan Belanjawan 2023 lalu, kerajaan bersetuju melanjutkan insentif galakan cukai bagi projek pengeluaran bahan makanan sehingga akhir tahun 2025.

Menurutnya, skop galakan insentif turut diperluaskan merangkumi projek pertanian moden berasaskan pertanian persekitaran terkawal.

“Inisiatif ini dapat menggalakkan pembabitan warga tempatan khususnya belia melalui penggunaan teknologi moden di sepanjang rantaian nilai pengeluaran dan pemasaran.

“Pembabitan mereka ini boleh membantu dalam usaha mempertingkatkan sekuriti makanan dan menstabilkan harga bekalan dengan mengurangkan kerbergantungan kita kepada makanan import,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, Malaysia ketika ini masih lagi bergantung kepada pengimportan bahan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan beriklim sederhana dan sejuk, serta makanan haiwan bagi memenuhi keperluan domestik.

“Kebergantungan yang tinggi kepada makanan import perlu diminimumkan dalam usaha mempertingkatkan sekuriti makanan dan menstabilkan harga bekalan,” katanya.

Katanya, berdasarkan statistik kadar sara diri (SSR) bagi tahun 2021, masih terdapat sayur-sayuran dan buah-buahan yang belum mencapai 100 peratus SSR iaitu cili, halia, kobis, mangga dan kelapa.

Jelasnya lagi, ini bermakna pengeluaran makanan untuk memenuhi keperluan tempatan masih perlu dipertingkatkan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.