PETALING JAYA: Industri e-hailing mahu kerajaan berbincang dengan semua pemain gig bagi menentukan harga siling perkhidmatan pemandu dan penghantar. Terdapat kira-kira 100,000 pemandu e-hailing termasuk sepenuh dan separuh masa masih menunggu tuntutan mengenai hak mereka dilaksanakan, perkara sama juga dinanti oleh 60,000 pekerja p-hailing. Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Timbalan Presiden Persatuan Pemandu Grab (GDMA), Mohd. Azril Ahmat berkata, penetapan harga siling bagi perkhidmatan pemandu dan penghantar makanan e-hailing sudah lama…