Sultan Johor kurnia sumbangan kepada Gapet - Utusan Malaysia

Sultan Johor kurnia sumbangan kepada Gapet

SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR berkenan menyampaikan sumbangan untuk Gapet kepada Wahib Mohd. Yasin di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Gabungan Persatuan Teksi Berdaftar Johor Bahru (Gapet). 

Cek kurniaan tersebut diserahkan baginda kepada Presiden Gapet, Wahib Mohd. Yasin, di sini.

Wahib yang mewakili Gapet menjunjung setinggi-tinggi kasih atas kurniaan Sultan Johor kepada persatuan yang mempunyai seramai 800 ahli melibatkan 11 gabungan.

“Tuanku amat prihatin dengan kami pemandu teksi dan setiap tahun baginda mengurniakan bantuan.

“Semasa pandemik Covid-19, baginda berkenan mengurniakan sumbangan serta bantuan makanan kepada pemandu-pemandu teksi yang terkesan pendapatan,” katanya, di sini.

Wahib berkata, sumbangan tersebut akan digunakan untuk manfaat serta kebajikan ahli-ahli serta aktiviti persatuan. 

Terdahulu, Sultan Johor turut berkenan membayar zakat berjumlah RM10 juta bagi tahun ini.

Cek zakat diserahkan baginda kepada Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Ismail Abu dan disaksikan oleh Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad. – UTUSAN

 

Caption:

 

SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR berkenan menyampaikan sumbangan untuk Gapet kepada Wahib Mohd. Yasin di Johor Bahru.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN