PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk bagi beberapa kawasan di Sarawak hingga esok.
METMalaysia berkata, kawasan tersebut membabitkan Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, dan Betong (Pusa dan Betong).
Amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan bagi beberapa kawasan lain termasuk Kuching (Lundu), Sri Aman (Lubok Antu), Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri (Subis).
Selain itu, hujan lebat, ribut petir dan angin kencang dijangka membadai beberapa kawasan di Selangor, Sarawak, Sabah selain Labuan sehingga 9 pagi ini.
Katanya di Selangor, cuaca itu dijangka berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat,
Di Sarawak katanya, hujan lebat dijangka membadai Miri (Beluru, Telang Usan, Miri dan Marudi) dan Limbang manakala Sabah membabitkan Kawasan pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Sandakan (Beluran) dan Kudat (Pitas dan Kudat).
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.- UTUSAN










