Suami terkejut arwah isteri rupanya pencarum Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah

Suami terkejut arwah isteri rupanya pencarum Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah

NORA Yaacob (dua kiri) menyerahkan faedah pengurusan jenazah kepada Kamarolzaman Che Ahmad ketika kunjungan PERKESO di rumahnya di Kampung Perupok Chetok Pasir Mas Kelantan.-UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang tukang rumah terkejut apabila menerima pencen penakat Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) sebanyak RM300 sebulan selepas isterinya meninggal dunia akibat penyakit paru-paru kronik bulan lalu.

Che Saripah Hussin, 50, meninggal dunia pada 10 Februari lalu merupakan pencarum SKSSR dicarumkan hasil tajaan kerajaan bermula 1 Disember lalu.

Kamarolzaman Che Ahmad, 52, berkata, dia tidak menyangka SKSSR arwah isterinya dicarumkan oleh kerajaan selepas dia mendaftar di bawah i-Suri menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Menurutnya, dia pada awalnya terkejut selepas dihubungi oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang memaklumkan bahawa arwah isteri mencarum SKSSR.

“Rupanya arwah isteri saya ada mendaftar i-Suri KWSP. Melalui data e-Kasih, kerajaan akan mencarumkan SKSSR kepadanya secara automatik,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Perupok Chetok di sini hari ini.

Kamarolzaman memberitahu, dia layak menerima pencen penakat RM300 sebulan dan faedah pengurusan jenazah berjumlah RM2,000 hasil daripada caruman pihak kerajaan kepada arwah isterinya menerusi SKSSR.

Katanya, arwah isterinya sebelum ini menderita penyakit tibu sebelum kesihatan semakin merosot sejak tiga tahun lalu akibat masalah paru-paru.

“Sepanjang tempoh isteri sakit, saya tidak dapat bekerja apabila mengalami kecederaan iaitu patah pada pergelangan tangan kerana terjatuh dari bumbung rumah ketika bertukang.

“Bagaimanapun, saya tetap bersyukur apabila dapat menjaga arwah isteri sehingga ke akhir hayatnya,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Perkeso Kelantan, Nora Yaacob berkata, golongan isteri yang terlibat dalam SKSSR akan mencarum sebanyak RM120 setahun.

Katanya, selain sumbangan faedah pengurusan jenazah, suami pencarum juga layak mendapat faedah pencen penakat sebanyak RM300 sebulan.

“Sehingga kini, sebanyak empat kes tuntutan kematian Suri Rumah Berinsurans (SRB) di negeri ini. Selain itu, pencarum SKSSR pula seramai 10,531 orang termasuk 148 orang yang mencarum secara sukarela,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya