‘Serap belum cukup jamin nasib kami’

‘Serap belum cukup jamin nasib kami’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Langkah kerajaan menyerap 12,800 doktor kontrak yang tamat latihan kli­nikal (housemanship) ke ja­watan tetap secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun masih belum memadai dalam menjamin nasib doktor kontrak di negara ini.

Bercakap kepada Utusan Ma­laysia, wakil Gerakan Hartal Doktor Kontrak berkata, ini ke­rana jumlah yang disasarkan kerajaan itu hanya satu angka yang kecil berbanding bilangan doktor kontrak dalam tempoh tiga tahun lagi.

Justeru, katanya, doktor kontrak akan tetap tidak rasa selamat dan berkemungkinan meninggalkan sistem perkhidmatan awam.

“Langkah itu positif, tetapi mungkin tidak memadai sebab yang diserap dalam 12,000 doktor kontrak, tetapi ketika ini ada kira-kira 20,000 doktor kontrak.

“Selepas itu doktor kontrak baharu yang masuk setiap tahun dalam 5,000 orang dan apabila lagi tiga tahun jumlah kese­luruhan itu akan jadi 30,000 lebih doktor kontrak.

“Jadi, dalam 30 peratus sahaja (daripada keseluruhan doktor kontrak pada 2025) yang dapat serap, yang lain akan rasa tidak selamat jadi ramai-ramai mungkin akan tinggalkan servis,” katanya ketika dihubu­ngi, semalam.

Sehubungan itu, jurucakap gerakan itu menambah, pihak­nya juga tidak menolak kemungkinan ramai doktor yang lain akan berterusan meninggalkan perkhidmatan kesihatan awam sekiranya kerajaan terus kekal dengan kaedah itu.

Katanya, ini kerana doktor kontrak yang lain tidak akan merasa selamat dan terjamin dalam sistem kesihatan ini.

“Sekarang pun ramai sudah tinggalkan servis sebab rasa tidak selamat, jadi jika kaedah begini, ramai mungkin akan berterusan ikut,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN