‘Raya sudah, kini masa untuk PRN’

‘Raya sudah, kini masa untuk PRN’

Empat negeri diramal akan mencatat peratus keluar mengundi tinggi. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANJANG Hari Raya Aidilfitri, antara topik sembang hangat dalam kalangan sanak-saudaraadalah pilihan raya negeri (PRN) yang gendang perangnya bakal dipalu tidak lama lagi.

Penyokong tegar Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berkeyakinan untuk menang manakala pengikut Perikatan Nasional (PN) bersemangat untuk merampas semua negeri termasuk Pulau Pinang.

Meskipun PRN sekadar pilihan raya di peringkat negeri tetapi rakyat mengaitkannya dengan hala tuju kerajaan perpaduan, prestasi serta penerimaaan rakyat terhadap kepe­mimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SUHU

Langkah mengadakan majlis Rumah Terbuka Perdana Menteri di enam negeri terlibat menambah suhu politik dan menjadi tanda tanya sama ada perkara itu bertujuan meraih sokongan politik atau secara kebetulan.

Dalam kalangan pemimpin PN, masih ada yang mendabik dada dengan mengatakan ‘Gelombang PN’ ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) masih membara walaupun sudah enam bulan berlalu.

Kejayaan merampas kubu kuat Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di sam­ping menakluk Perlis buat pertama kali menambah keyakinan PN untuk merampas Negeri Sembilan dan Selangor daripada PH di samping menambah bilangan kerusi di Pulau Pinang.

AURA

Bagi penyokong tegar PH-BN pula, rata-rata berasakan dengan aura dimiliki Anwar, pengikut parti-parti kerajaan perpaduan percaya bukan sahaja dapat mempertahan tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, malah mampu merampas Kedah di samping menambah jumlah kerusi di Kelantan dan Terengganu.

Alasan mereka adalah populariti Anwar atau ‘PMX’ boleh membadai ‘Gelombang PN’ di samping isu pendakwaan membabitkan pemimpin utama PN terhadap kes-kes rasuah baru-baru ini.

Namun isu-isu membelenggu rakyat seperti kos sara hidup, desakan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak dipenuhi dan siasatan rasuah membabitkan pegawai menteri sedikit sebanyak menjejaskan populariti Anwar dan parti-parti mendokong kerajaan Perpaduan pada PRN akan datang.

Ketika ditanya ramalan PRN, seorang orang kuat badan pemikir tidak menolak kemungkinan status quo enam negeri dijangka kekal dengan Kedah, Terengganu dan Kelantan terus dimenangi PN manakala Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Selangor ditadbir PH-BN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×