KUALA LUMPUR: Rakyat disaran mencari alternatif lain seperti berniaga daripada membuat pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk menyelesaikan masalah. Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan itu sekali gus menolak usul pengeluaran KWSP bersasar yang dibahaskan di Dewan Negara. “KWSP adalah simpanan hari tua, bukan simpanan hari muda. Ia simpanan untuk masa depan. Kalau kita nak selesaikan masalah ketika ini, kita perlu ada option (pilihan) yang ketiga…