Puteri Sarah, Syamsul tak jadi cerai

Puteri Sarah, Syamsul tak jadi cerai

SYAMSUL YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keengganan Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin menarik kes menghina mahkamah dan menganggu rumah tangganya yang difailkan terhadap Ira Kazar menjadi punca dia dan suaminya, Syamsul Yusof tidak bercerai semalam.

Pelakon itu berkata, antara syarat pengarah filem Mat Kilau itu adalah untuk wanita itu menarik balik semua kes terhadap isteri kedua dan keluarga mentua baharunya itu.

PUTERI SARAH

“Mula-mula dah ada kata persetujuan hari itu bila dah berjumpa tetapi terdapat beberapa perkara yang Sarah tidak setuju.

“Pertama dia (Syamsul) suruh Sarah tarik balik kes terhadap keluarga Kazar. Sarah takkan tarik balik kes. Untuk apa Sarah berjuang selama ini, Sarah takkan tarik balik kes. Syarat dia kalau nak lepaskan Sarah, Sarah kena tarik balik kes terhadap keluarga Kazar.

“Yang kedua, dia minta diskaun nafkah (mutaah dan nafkah anak). Semasa berbincang sebelum ini, Sarah kata kita buat satu persatu, tiba-tiba peguam dia (Syamsul) beri draf perjanjian kata kena tarik balik kes,” kata Sarah ketika ditemui selepas tamat prosiding sebutan permohonan perceraian yang difailkan wanita itu pada 16 Januari lalu.

Terdahulu, ketika prosiding disebut di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Sarah memaklumkan draf penyelesaian itu tidak dapat ditandatangani selepas mereka gagal mencapai persetujuan.

Sehubungan itu, peguam terbabit memohon agar laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang sepatutnya dibacakan pada prosiding terdahulu dibacakan pada hari ini.

Bagaimanapun, peguam syarie, Azmi Rais yang mewakili Syamsul membantah laporan itu dibacakan atas alasan proses JKP itu telah dijalankan tanpa mengikut aturan yang sewajarnya.

Peguam terbabit juga memohon agar satu lagi proses JKP dijalankan di hadapan pengerusi yang baharu.

Merujuk kepada terma-terma penyelesaian, Azmi memberitahu, Sarah selaku palintif yang meminda beberapa terma dalam draf persetujuan tersebut termasuk meminta jumlah mutaah yang tinggi.

“Bila diserahkan draf persetujuan, kami dapati terdapat perubahan antaranya plaintif (Sarah) masih ingin meneruskan tindakan saman terhadap Ira Kazar dan keluarganya.

“Sarah juga meminta jumlah mutaah yang tinggi yang tidak dapat dipersetujui oleh defendan (Syamsul),” ujar peguam itu.

Selepas mendengar hujah panjang lebar daripada kedua-dua belah pihak, Hakim Akmalluddin menetap 25 Mei ini untuk sebutan semula kes tersebut.

Pada tarikh itu, pengerusi JKP yang mengendalikan perbincangan di antara wakil Sarah dan wakil Syamsul akan dipanggil untuk memberi keterangan berhubung proses JKP yang berlaku pada 23 Mac lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN