PRN: Md. Alwi sah tidak pertahan DUN Kok Lanas

PRN: Md. Alwi sah tidak pertahan DUN Kok Lanas

MD. Alwi Che Ahmad (kanan) memberikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Kok Lanas di Kampung Upeh, Ketereh, Kelantan malam tadi-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas Datuk Seri Md. Alwi Che Ahmad mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Md. Alwi berkata, keputusan itu dibuat bagi memberi peluang kepada muka baharu untuk berkhidmat dan memimpin negara sama ada diperingkat bawah atau atas.

“Saya terlibat dengan politik sudah terlalu lama dan mula aktif sejak tahun 1986. Pada tahun 1990 saya diberi peluang untuk memegang jawatan sebagai setiausaha politik menteri, setiausaha politik Perdana Menteri, Ahli Parlimen, ADUN dan beberapa pengerusi syarikat milik kerajaan (GLC).

“Sepatutnya kita ambil masa kongsi pengalaman dengan orang baru, latih generasi baharu untuk ambil alih tampuk pentadbiran negara dan itu hasrat saya. Kalau nak bersara…bersaralah waktu rekod kita bagus. Jangan bersara semasa kita sudah kalah, masa orang sudah benci dan buang kita, ” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Kok Lanas di Kampung Upeh, Ketereh di sini malam tadi.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu memberitahu, pemimpin yang sudah melangkau usia 65 tahun dan keatas sepatutnya memberi ruang kepada orang muda, orang baru untuk memimpin negara.

Katanya, walau bagaimanapun sumbangan masih boleh diberikan dengan baik menerusi latihan, pengkaderan, kursus, berkongsi ilmu, pengalaman dan sebagainya.

“Anda boleh lihat Tun Musa Hitam, seorang pemimpin yang sentiasa releven tetapi dia tahu masa hendak berhenti. Takkan kita nak pegang (jawatan) sehingga umur 100 tahun.

“Pada saya, usia 70 tahun sudah maksiumum. Saya sedang fikir dan latih orang baru…dalam bahagian (UMNO Ketereh) saya latih muda. Sebab saya dulu pun macam itu dilatih oleh Tun Musa, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan ramai lagi semasa bergelar pelajar universiti,” ujarnya.

Md. Alwi berkata, inilah masa sesuai untuk beliau melatih pemimpin-pemimpin baharu bagi menyambung legasi kepimpinan yang sedia ada.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Md. Alwi mempertahankan kerusi DUN Kok Lanas selepas menewaskan calon Pas Nik Mahadi Nik Mahmood dan Dr. Mohd. Hanapi Ismail (PKR) dengan majoriti 1,122 undi.

Md. Alwi memperoleh undian sebanyak 10,921 manakala  Nik Mahadi (9,799 undi) dan Dr. Mohd. Hanapi (1,779 undi).UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya