Polis Kelantan rampas mercun, bunga api lebih RM217,000 sejak awal Ramadan

Polis Kelantan rampas mercun, bunga api lebih RM217,000 sejak awal Ramadan

MUHAMAD Zaki Harun semasa sidang media berkait mercun di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Kota Bharu, Kelantan hari ini.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU:  Polis Kelantan telah merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api di negeri ini bernilai lebih RM217,000 sejak tempoh tiga minggu lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, jumlah berkenaan melibatkan 39 kes termasuk tangkapan membabitkan 25 lelaki dan enam wanita warga tempatan.

Menurutnya, kesemua rampasan pelbagai jenis mercun dan bunga api itu dipercayai untuk jualan sempena Hari Raya Aidilfitri.

“Bermula 25 Mac sehingga semalam, sebanyak 31 tangkapan telah dilakukan dengan nilai rampasan sebanyak RM217,194.

“Kesemua individu berkenaan ditahan kerana membawa mercun dan bunga api tanpa sebarang permit daripada pihak polis” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, kesemua suspek yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Katanya, setakat ini, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berkaitan kecederaan melibatkan mercun dan bunga api.

“Kita akan terus melakukan pemantauan terhadap aktiviti penjualan mercun dan bunga api yang dijual secara terbuka tanpa permit pihak polis.

“Selain itu, semua lapisan masyarakat terutamanya ibu bapa diingatkan supaya sentiasa memantau anak-anak daripada terlibat dengan urusan jual beli mercun dan bunga api,”ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya