JOHOR BAHRU: Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini wajar beroperasi pada tahap 100 peratus khusus menjelang Hari Raya Aidilfitri. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pengoperasian penuh di semua laluan pintu sempadan Singapura akan dapat melancarkan aliran trafik kedua-dua hala. “CIQ ini adalah yang tersibuk di dunia dan bakal menjadi lebih sibuk selepas ini. Dari segi pencapaian hari ini saya tengok, ia belum…










