MELAKA: Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pepatah itu menjadi pegangan hidup seorang lelaki yang kudung tangan kiri sejak lahir. Ketika ditemui Utusan Malaysia, Abdul Wahid Adam, 36, membuktikan mampu bermain dram setanding dengan individu yang sempurna. Walaupun hanya menggunakan sebelah tangan, dia dilihat langsung tidak kekok serta dapat membawakan pelbagai rentak lagu seperti inang, joget, slow rock, balada, dangdut dan pelbagai. Abdul Wahid berkata, kekurangan pada dirinya…










