‘Kita akur dengan ketetapan parti’-ADUN UMNO

‘Kita akur dengan ketetapan parti’-ADUN UMNO

ANDI Muhammad Suryady Bandy (lima kiri) bersama tetamu yang hadir dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Tanjung Batu, Tawau
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy akur dengan apa juga ketetapan yang dibuat oleh kepimpinan UMNO susulan tindakannya menyokong Datuk Seri Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah pada awal Januari lalu.

Andi, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu antara ADUN UMNO yang menyokong kepimpinan Hajiji biarpun Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menarik sokongan daripada Ketua Menteri dan kerajaan negeri Sabah pada 6 Januari lalu.

Sebelum ini, Bung Moktar mengumumkan Majlis Tertinggi UMNO telah memecat tiga ADUN dan menggantung seorang ADUN UMNO Sabah yang bertindak membelakangkan keputusan UMNO Sabah semasa berlaku kemelut politik di negeri ini.

Walau bagaimanapun, Andi antara ADUN UMNO yang tidak dikenakan tindakan tatatertib sehingga kini.

Andi berkata, tindakan tatatertib itu susulan polemik politik yang berlaku pada Januari lalu dan beliau akur dengan apa juga ketetapan parti.

“Kita akur dan maklum dengan apa juga ketetapan yang dibuat oleh parti. Itu ketetapan parti (tidak kenakan tindakan tatatertib), kita ikut sahaja.

“Memandangkan belum ada apa-apa tindakan, kita masih menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai ADUN dan juga Ahli Parlimen UMNO seperti biasa,” katanya ketika ditemui semasa majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Tanjung Batu semalam.

Menurutnya, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu sebaliknya, menyerahkan kepada kepimpinan tertinggi parti untuk membuat sebarang keputusan.

Selepas UMNO Sabah menarik sokongan daripada kerajaan negeri pada 6 Januari lalu, lima ADUN UMNO secara terbuka menandatangani akuan bersumpah bagi menyokong Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri Sabah.

Lima ADUN itu ialah Datuk James Ratib (Sugut), Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit), Datuk Mohd. Arsad Bistari (Tempasuk), Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin) dan Datuk Shahelmey Yahya.

Namun, tiga daripada mereka iaitu James Ratib, Jasnih Daya dan Mohd. Arsad Bistari telah dipecat keahlian daripada UMNO manakala, permohonan Yusof Yacob menyertai UMNO belum diterima.

Shahelmey, yang juga Ahli Parlimen Putatan pula digantung keahlian selama enam tahun di dalam parti.

Sementara itu, Andi Muhammad Suryady, Datuk Harun Durabi (Bengkoka), Datuk Hamild@Hamid Awang (Balung) yang turut menyokong kepimpinan Hajiji tidak dikenakan sebarang tindakan.

Pada 21 Februari lalu, James Ratib, Jasnih Daya, Mohd. Arsad Bistari dan Hamild@Hamid Awang mengumumkan keluar UMNO bagi menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang diterajui oleh Hajiji Noor.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya