PUTRAJAYA: Usaha Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyemak semula sabitan kesalahan dan hukuman kes penyelewengan dana SRC International Sdn. Bhd. berakhir selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya semalam. Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk V Sithambaram berkata, bekas Perdana Menteri itu telah menggunakan kesemua saluran dalam usahanya mendapatkan kebenaran menyemak tetapi keputusan mahkamah menandakan penutupan kes tersebut. Katanya, kes tersebut juga memberi mesej kepada ahli politik lain atau mungkin pesalah bahawa…