Kami pasrah segala keputusan – Yusof Haslam

Kami pasrah segala keputusan – Yusof Haslam

YUSOF HASLAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah filem, Datuk Yusof Haslam reda dengan keputusan melibatkan rumah tangga anaknya Syamsul Yusof dan menantu, Puteri Sarah.

Penerbit itu juga bersyukur kera­na kemelut rumah tangga yang berlanjutan selama empat tahun akhirnya menemui titik noktah dan jalan perdamaian.

“Sebagai ibu bapa, kami rasa bersyukur mereka boleh berdamai dan tiada konflik antara mereka.

“Apa pun keputusan yang dibuat untuk berpisah kami pasrah walaupun pahit untuk ditelan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Yusof turut berharap Puteri Sarah menjalani kehidupan lebih tenang selepas melalui proses turun naik mahkamah yang memakan masa.

“Sarah mempunyai alasan yang dia sendiri lebih faham. Semoga Sarah lebih tenang selepas ini.

“Sebagai mentua, kami doakan terbaik buat Sarah dan cucu-cucu kami. Begitu juga dengan Syamsul, semoga dia dapat kebahagiaan yang dicari,” katanya.

Kelmarin, Syamsul dan Puteri Sarah bersetuju untuk meleraikan ikatan perkahwinan yang dibina sejak sembilan tahun lalu, pada 18 April ini.

Keputusan itu diambil selepas pasangan itu mencapai kata sepakat untuk berpisah secara baik hasil pertemuan selepas berbuka puasa bersama ahli keluarga, Ahad lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN