Bersatu bukan liabiliti PN – Tuan Ibrahim

Bersatu bukan liabiliti PN – Tuan Ibrahim

PERTUDUHAN terhadap Muhyidin Yassin anggap Pas sebagai cuba untuk merosakkan imej dan integriti Perikatan Nasional.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendakwaan terhadap pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanyalah bertujuan merosakkan integriti Perikatan Nasional (PN) oleh musuh politik.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas tidak melihat sekutunya itu sebagai liabiliti walaupun pemimpin utamanya termasuk Tan Sri Muhyiddin Yassin berdepan kes mahkamah

Tegasnya, imej Bersih dan Stabil yang dipegang Pas dan PN cuba dirosakkan dan pihaknya akan terus mempertahankan soal integriti supaya terus mendapat kepercayaan rakyat.

“Apa yang berlaku adalah usaha musuh politik untuk cuba merosakkan integriti PN namun Pas dan Bersatu dan rakan-rakan komponen lain masih lagi sebagai satu pasukan.

“Bahkan kita juga tetap mengadakan mesyuarat secara bersama dalam beberapa hal termasuk persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN), pembahagian kerusi dan sebagainya,” katanya semalam.

Pada 10 Mac lalu, Muhyiddin mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan membabitkan dakwaan menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan kesalahan pengubahan wang haram berjumlah RM195 juta.

Dua hari kemudian, Muhyiddin sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan berkaitan pengubahan wang haram berjumlah RM5 juta, awal tahun lalu.

Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, beliau percaya semua parti politik tidak terkecuali menerima dana atau sumbangan politik daripada pihak tertentu.

Bagaimanapun tegas beliau, perkara tersebut tidak merencatkan setia kawan Pas dengan Bersatu serta komponen lain dalam PN serta mengganggu persiapan pilihan raya.

“Gerak kerja di akar umbi tetap berjalan bahkan kita percaya rakyat masih lagi bersama PN,’’ kata beliau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN