APAD kawal selia pendapatan p-hailing

APAD kawal selia pendapatan p-hailing

KEMENTERIAN Pengangkutan bersama MIROS telah draf kurikulum silibus pelajaran bagi mendapatkan sijil vokasional melibatkan penunggang p-hailing. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan mengawal selia pendapatan penunggang perkhidmatan penghantaran barangan atau makanan menggunakan motosikal (p-hailing).

Ia bertujuan mengatasi isu manipulasi atau penindasan pendapatan pe­kerja oleh syarikat penyedia perkhid­matan berkenaan.

Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah, ketetapan itu selaras dengan Rang Undang-undang Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 yang diluluskan dengan lebih sua­ra bersetuju semalam, selepas dibahaskan seramai sembilan senator di Dewan Negara, semalam.

Jelas beliau, pindaan ke atas Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 iaitu Akta 715 bertujuan memperuntukkan keputusan kerajaan melibatkan pe­ngawal seliaan perkhidmatan kenderaan barangan termasuk penggunaan motosikal yang disediakan menerusi perniagaan pengantaraan perkhidmatan p-hailing.

“Isu mengenai manipulasi pendapatan pekerja p-hailing ini memang kita ambil maklum dan ini juga menjadi perkara asas mengapa kerajaan ambil keputusan untuk kawal selia industri ini,” katanya dalam ucapan penggulungan kementerian itu di persidangan Dewan Negara, semalam.

Rang Undang-undang Pe­ngangkutan Awam Darat (Pindaan) 2023 mengandungi enam fasal.

Sementara itu, Hasbi turut menjelaskan, sebanyak 112 kematian pengguna p-hailing dicatatkan, sementara 82 kes melibatkan kecederaan parah dan 1,048 cedera ringan.

Angka itu adalah catatan rekod dari pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN