Warga asing bekas pelajar kolej swasta ditahan terbabit penipuan love scam di Bentong - Utusan Malaysia

Warga asing bekas pelajar kolej swasta ditahan terbabit penipuan love scam di Bentong

ANTARA peralatan milik suspek warganegara Nigeria dan Iran yang menjalankan jenayah penipuan love scam di Genting Highlands di Bentong, Pahang. - FOTO /IHSAN IPD BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Polis Bentong mengesahkan tiga suspek yang terbabit dengan aktiviti penipuan ‘love scam’ yang ditahan di sebuah apartmen di Genting Highlands di sini merupakan dua lelaki warganegara Nigeria dan seorang wanita Iran berusia antara 32 hingga 37 tahun.

Suspek penipuan love scam berkenaan diberkas oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di dua bilik berasingan di tingkat yang sama sebuah apartmen pusat peranginan tanah tinggi itu pukul 12 tengah hari, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, hasil siasatan polis, sindiket ini baru beroperasi sejak bulan Disember tahun lalu dan suspek utama tinggal di negara ini kira-kira lima tahun lalu.

“Suspek ini pada mulanya tinggal negara ini sebagai penuntut dan mereka merupakan bekas pelajar kolej swasta di negara ini.

“Siasatan masih diteruskan tentang ahli sindiket lain yang masih melakukan modus operandi yang sama di negara ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, hasil siasatan, suspek akan mencari seramai empat hingga lapan orang mangsa untuk tujuan penipuan dalam sehari dengan menggunakan aplikasi ‘Snap Chat’ dan Facebook akan menyasarkan mangsa dari luar negara ini.

“Anggota sindiket ini juga turut berperanan sebagai individu yang menipu mangsa menerusi aktiviti ‘love scam’ menggunakan aplikasi ‘dating’ dan Facebook ‘First layer’,” katanya.

Beliau berkata, maklumat mangsa akan dihantar kepada kumpulan sindiket yang beroperasi di negara Ghana untuk tindakan lanjut.

“Suspek akan menerima keuntungan sebanyak 20 peratus dari jumlah wang penipuan yang berjaya diterima daripada setiap mangsa yang terjerat dengan penipuan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.