Universiti Kebangsaan rasmi dibentuk - Utusan Malaysia

Universiti Kebangsaan rasmi dibentuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 8 September 1968, akhbar Mingguan Malaysia melaporkan Menteri Pelajaran, Mohd. Khir Johari mengumumkan kerajaan akan menubuhkan sebuah universiti kebangsaan yang baharu dengan Kolej Islam di Petaling Jaya akan menjadi sebahagian daripada universiti tersebut.

Menurut Khir, penubuhan itu merupakan satu pindaan kepada rancangan asal kerajaan yang hendak menjadikan Kolej Islam sebagai sebuah universiti kebangsaan mulai tahun 1970. Universiti yang dibentuk itu akan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 8 September 1973
    Pengarah M. Amin yang baru berhijrah ke Studio Merdeka di Kuala Lumpur akan mengarahkan filem pertamanya Penyamun Si Bongkok.
  • 8 September 1974
    Kuwait menggegarkan dunia kewangan setelah menawarkan secara tunai RM527 juta untuk membeli sebuah daripada syarikat estet Britain yang terbesar – Perbadanan Harta St. Martins.
  • 8 September 1977
    Kerajaan mengenakan cukai import sebanyak 25% ke atas semua foto berwarna sebagai langkah untuk menjejaskan kegiatan sindiket haram.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.