KANGAR: Sesi persekolahan Sekolah Kebangsaan (SK) Sena di sini semalam memberi kelainan buat guru-guru tahun satu apabila tiga muridnya yang berada dalam satu kelas berkongsi nama Maryam. Ketiga-tiga murid berkenaan Nur Maryam Khadeeja Masharul, Maryam Jasmine Amir dan Che Maryam Maritza Saiful Afdzan memulakan sesi persekolahan tahun satu dalam kelas yang sama. Maryam Jasmine ketika ditemui berkata, dia amat seronok dan teruja dapat bersama rakan-rakan baharu bagi mengikuti sesi persekolahan.…