Tentera Darat berupaya tangani pengganas CBRNe - Utusan Malaysia

Tentera Darat berupaya tangani pengganas CBRNe

MUHAMMAD Ab. Rahman menyampaikan cenderamata kepada Wayne Robson selepas Majlis Penutup Eksesais Mantis Siri 9/2023 di Padang Pavilion, Kem Terendak, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pelaksanaan Eksesais Mantis menerusi kerjasama pertahanan antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Angkatan Tentera Kanada diharap dapat diteruskan pada masa akan datang, bagi memastikan anggota tentera dapat dilatih dalam pelbagai senario.

Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhammad Ab. Rahman berkata, latihan yang dimeterai sejak 2015 itu menjadi medium terbaik melatih dan menguji kompetensi anggota TDM.

Menurutnya, menerusi latihan yang dilaksanakan setiap tahun itu, beliau melihat TDM sudah bersedia menangani ancaman pengganas yang menggunakan agen kimia, biologi, radiasi, nuklear dan letupan (CBRNe).

“Konsep peperangan masa kini tidak hanya melibatkan peperangan konvensional, malah pengganas CBRNe sebagai senjata yang semakin luas digunakan merupakan ancaman perlu dihadapi negara.

“Persediaan TDM semakin kukuh menerusi Eksesais Mantis ini kerana ancaman bahaya ini sebenarnya memerlukan latihan yang khusus dan penggunaan peralatan berteknologi tinggi.

“Saya berharap eksesais bilateral ini digunakan sepenuhnya oleh anggota tentera kita dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam menangani ancaman melibatkan penggunaan CBRNe,” katanya semasa berucap pada Majlis Penutup Eksesais Mantis Siri 9/2023 di Padang Pavilion, Kem Terendak di sini, hari ini.

Hadir sama Pesuruhjaya Tinggi Kanada di Malaysia, Wayne Robson.

Eksesais Mantis Siri 9/2023 bermula 11 Januari lalu melibatkan 11 pegawai dan 117 anggota tentera dari kedua-dua negara dan turut melibatkan penyertaan Canadian Special Operation Force Command (CANSOFCOM).

Tambah Muhammad, latihan berterusan dapat meningkatkan pembangunan keupayaan dan standard kesiapsiagaan yang tepat untuk menjayakan misi pengoperasian membanteras insiden pencemaran agen CBRNe.

Dalam pada itu, Robson dalam ucapannya berkata, Angkatan Tentera Kanada akan mengadakan perbincangan untuk membawa pembaharuan dalam susunan latihan teknikal Eksesais Mantis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya