Situasi banjir di Johor terus 'termenung' - Utusan Malaysia

Situasi banjir di Johor terus ‘termenung’

PIHAK polis sentiasa memantau kawasan yang masih ditenggelami banjir di sekitar Segamat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Situasi banjir di negeri ini, khususnya di daerah Batu Pahat tidak banyak berubah apabila seramai 42,706 mangsa masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) ,setakat pukul 12 tengah hari tadi.

Jumlah itu menunjukkan sedikit peningkatan membabitkan 12,047 keluarga yang ditempatkan di 152 PPS di Segamat, Batu Pahat, Muar dan Tangkak berbanding 42,638 mangsa daripada 12,049 keluarga di 155 PPS yang direkodkan pada 8 pagi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, Batu Pahat terus merekodkan pertambahan jumlah mangsa daripada 39,870 penduduk menjadi 39,944. 

“Turut mencatatkan pertambahan ialah mangsa banjir di Muar yang meningkat menjadi 1,476 penduduk berbanding 1,457 mangsa yang dilaporkan pagi tadi.

“Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Segamat mencatatkan penurunan daripada 362 penduduk menjadi 337 penduduk setakat ini,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, banjir termenung di Tangkak menyebabkan jumlah mangsa di daerah itu tidak berubah, iaitu seramai 949 orang.

Laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menunjukkan tiada amaran hujan lebat berterusan pada hari ini dan  lima sungai yang berada di bawah kategori paras air berbahaya mulai menunjukkan trend penurunan, iaitu Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar serta Sungai Bekok, Sungai Simpang Kiri dan Sungai Senggarang di Batu Pahat.

Sebanyak 17 laluan masih ditutup untuk semua jenis kenderaan di lapan daerah, antaranya Jalan Pogoh, Segamat; Jalan Muar-Labis, Muar; Jalan Ulu Tebrau-Sungai Tiram, Kulai dan Jalan Kota Tinggi-Kluang, Kluang.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya