Pertimbang kuota khas pemilikan hartanah M-WEZ

Sidang DUN Melaka: Pertimbang kuota khas pemilikan hartanah M-WEZ

AB. RAUF Yusoh ketika sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Sidang DUN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan kuota khas pemilikan hartanah di kawasan Pembangunan Zon Ekonomi Persisiran Pantai Melaka (M-WEZ) kepada bukan bumiputera dan warga asing.

Pengerusi Kanan Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Koperasi dan Usahawan negeri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, pemilikan unit yang lebih fleksibel kepada warga asing dan bukan bumiputera akan merancakkan lagi aktiviti ekonomi di kawasan tersebut.

Jelas beliau, berdasarkan pelan induk M-WEZ, komposisi guna tanah bagi tujuan industri adalah 10 peratus, komersial (30.26 peratus), perumahan (tiga peratus) dan badan air zon kawalan dan infrastruktur (56.74 peratus).

“Sekiranya dapat dirancang dan direalisasikan dengan baik, projek ini akan mengundang lebih ramai pelabur dan pelancong. Kehadiran mereka akan membuatkan permintaan hartanah sama ada untuk tujuan perniagaan atau penginapan akan meningkat.

“Justeru, kerajaan negeri sedang mempertimbangkan kuota khas pemilikan hartanah termasuk jumlah unit yang lebih fleksibel daripada segi pemilikan kepada warga asing dan bukan bumiputera.

“Pada masa sama, kedudukan strategik antara Sumatera, Indonesia; Singapura dan Thailand di laluan maritim yang sibuk meningkatkan lagi kebolehpasaran harta tanah dan produk-produk M-WEZ. Kehadiran mereka (pelabur) tanpa melebihi syarat dan had yang dibenarkan kerajaan membuatkan nilai hartanah di koridor ekonomi ini sebagai berimpak tinggi,” katanya ketika sesi pertanyaan-pertanyaan lisan Sidang Dewan Undangan Negeri Melaka (DUN) Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Kerk Chee Yee (PH-Ayer Keroh) mengenai usaha kerajaan negeri memastikan pembangunan perumahan dan premis komersial di M-WEZ boleh dipenuhi memandangkan banyak unit pembangunan di Melaka tidak diduduki.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Datuk Lim Ban Hong (BN-Klebang) mengenai insentif yang diharapkan kerajaan negeri, sekiranya M-WEZ diangkat sebagai projek nasional, Ab. Rauf berkata, pengiktirafan itu bakal menjadi pemangkin meningkatkan keyakinan pelabur.

Katanya, kerajaan negeri boleh menerima dana daripada kerajaan Persekutuan bagi menyediakan infrastruktur, utiliti dan kemudahan awam di kawasan M-WEZ. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya