‘Saya tak mahu bincang, mahu cerai’ - Utusan Malaysia

‘Saya tak mahu bincang, mahu cerai’

Puteri Sarah Liyana ketika di Jabatan Agama Islam di Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Pu­teri Sarah nekad dengan keputusan untuk bercerai dan tiada lagi ruang untuk berdamai de­ngan suaminya, Syamsul Yusof.

Selepas melalui proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), semalam, ibu dua anak itu tetap dengan pendirian bercerai.

“Saya memang tak nak berjumpa dan bincang sebilik. Keputusan saya sejak dulu lagi memang nak bercerai dan tidak mahu berdamai.

“Semasa proses JKP saya bercerita semua masalah kepada ustazah (pegawai yang dilantik) serta bukti, kerana pihak mereka perlu tahu wujud jalan perdamaian atau sebaliknya. Saya cakap sudah penat menghadapi masalah ini bertahun-tahun.

“Proses selepas ini ikutkan ada sebutan kedua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, April ini. Apa yang saya cakap hari ini (semalam) akan dibawa ke mahkamah. Saya berharap dilepaskan (cerai) cepat, kalau dia tak nak juga (lafaz cerai), saya akan gunakan hakam,” katanya ketika ditemui selepas proses JKP yang berlangsung hampir dua jam, semalam.

DITEMANI

Semasa proses yang gagal mencapai perdamaian, Puteri Sarah ditemani adiknya, Dr. Pu­teri Sofea, manakala Syamsul di­iringi sepupunya, Muhammad Nazri.

Walaupun Syamsul memberi harapan perkahwinan mereka masih dapat diselamatkan selain menyimpan perasaan sa­yang terhadap isteri pertama­nya, namun Puteri Sarah tidak mene­rimanya.

“Saya tak nak kembali ke pangkuannya. Saya hanya mahu bercerai. Malah, sepanjang prosiding perceraian ini, dia memang tidak bertemu saya atau anak-anak.

“Dia hanya ajak berjumpa ketika saya beritahu dia sekat WhatsApp sebelum ini. Tapi yang paling baharu memang tiada. Jangan cerita benda yang dah lama,” katanya.

Pada 7 Mac lalu, Puteri Sarah dan Syamsul diperintahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas memerintahkan demikian selepas kes itu disebut di hadapannya dengan dihadiri kedua-dua pihak.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan per­mohonan penceraian itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Sek­syen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN