PETALING JAYA: Malaysia menyasarkan peningkatan jalinan kerjasama dua hala dengan Arab Saudi melalui lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu bermula semalam hingga Jumaat ini. Ini setelah Arab Saudi muncul rakan dagang Malaysia terbesar dan sumber import terbesar di rantau Asia Barat apabila jumlah dagangan dua hala dengan Arab Saudi mencecah RM45.52 bilion tahun lalu, berbanding RM17.56 bilion pada 2021. Justeru, beberapa memorandum persefahaman dijangka ditandatangani melibatkan kerjasama antara agensi kerajaan dan pihak swasta kedua-dua negara. Perdana Menteri juga dijadual mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung Pertubuhan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya