Rugi beli saham sampai ada kena cerai, menumpang rumah anak - Utusan Malaysia

Rugi beli saham sampai ada kena cerai, menumpang rumah anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gara-gara mahu cepat kaya, terdapat kalangan pembeli saham ditawarkan sebuah syarikat kononnya patuh syariah mendakwa mereka bukan sahaja rugi malah  terpaksa menumpang di rumah anak dan bercerai  kerana duit hagus begitu sahaja.

Semalam  Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menerima 330 aduan membabitkan kerugian lebih RM100 juta berhubung dakwaan rugi  akibat membeli  saham syarikat tersebut.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, aduan itu dibuat ke atas sebuah syarikat yang didakwa tersenarai di Bursa Malaysia dipercayai wujud sejak tahun 2021.

Menurut beliau, pihak beliau percaya setakat ini kira-kira 700 individu di seluruh negara rugi akibat  memberi saham daripada skim yang boleh memberi keuntungan sehingga 18 peratus setahun.

“Seramai 330 individu tampil kepada kita sejak  dua minggu lalu bagi membuat aduan dengan kerugian dianggarkan RM100 juta dan daripada jumlah itu, 150 individu sudah membuat laporan polis,” katanya ketika ditemui bersama kira-kira 100 mangsa di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, mangsa mendakwa mereka tertarik dengan tawaran saham patut syariah itu apabila dijanjikan dengan pulangan dividen sehingga 18 peratus setahun atau 1.8 peratus setiap bulan kepada setiap pembeli saham. 

DIVIDEN

“Masalah mulai timbul apabila mangsa kata mereka tidak lagi menerima bayaran dividen bermula pada Mei tahun lalu. 

“Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, mangsa kemudian dimaklumkan bahawa syarikat itu akan membuat ‘early redemption’ saham yang dibeli oleh mangsa,” katanya. 

Beliau berkata,  mangsa-mangsa turut mendakwa syarikat itu turut  menyalahgunakan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang kononnya memberi kelulusan untuk melaksanakan pelaburan selamat. 

“Ia menyebabkan mangsa terpedaya bahawa syarikat itu dikawal selia oleh SC. Malah, syarikat tersebut mendakwa pelaburan yang dibuat adalah patuh syariah dan tersenarai di Bursa Malaysia. 

“Syarikat ini juga didakwa menggunakan nama ikon pelaburan ternama bagi ‘memancing’ mangsa supaya menyertai pelaburan berkenaan,” katanya. 

 Malah, katanya, terdapat mangsa yang tampil memaklumkan dirinya  diceraikan kerana simpanan habis akibat pelaburan tersebut.  

“Malah, ada mangsa berusia 60 tahun yang sepatutnya menikmati hasil pelaburan  terpaksa menumpang rumah anak kerana wang simpanan habis digunakan untuk melabur. 

“Justeru, kami berharap pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap laporan yang dibuat ke atas syarikat pelaburan  yang menyebabkan mereka terpedaya dan rugi,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.